Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada entri kali ini, penulis akan membuat refleksi mengenai pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan lima berkaitan dengan muzik ghazal. Buat pengetahuan pembaca semua, pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut merupakan pembentangan kali kedua dan pembentangan kali ini dilihat amat berbeza daripada apa yang mereka persembahkan sebelum ini. Jika sebelum ini input yang diberikan agak kurang dan banyak kesalahan fakta namun setelah diberikan peluang kali kedua untuk mendapatkan maklumat melalui kajian lapangan, ternyata usaha tersebut betul-betul berbaloi. Melalui pembentangan yang dilakukan, ia telah menyedarkan penulis bahawa, mendapatkan bahan di lapangan merupakan satu kaedah pembelajaran yang cukup berkesan kerana kita berpeluang untuk bertemu dengan individu yang benar-benar pakar dalam bidang yang dikaji dan kita juga berpeluang untuk mendapatkan informasi yang ‘fresh’ yang tidak terdapat dalam buku-buku yang dipasarkan.
Selain daripada itu, sesuatu yang menarik pada pembentangan pada ini ialah, penulis dan rakan-rakan sekuliah yang lain telah menerima kunjungan daripada para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka. Pengalaman menerima kunjungan daripada pelajar sekolah sedikit sebanyak memberikan sedikit aura kepada penulis tentang bagaimana keadaan apabila berhadapan dengan pelajar apabila ditugaskan kelak. Di samping itu, penulis juga menyedari bahawa sebagai bakal pendidik, kita seharusnya sentiasa ‘mengemaskinikan’ diri kita dengan ilmu dan informasi terbaru kerana pelajar dalam dunia moden kini lebih ‘advance’ dan mereka mampu mengeluarkan soalan-soalan yang mungkin berada di luar pemikiran kita.
Kesimpulannya, melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang dilakukan, penulis berasakan kumpulan ghazal telah berjaya mempersembahkan sesuatu yang cukup memberangsangkan dan penulis berharap kumpulan seterusnya mampu memberikan persembahan sebaik atau lebih baik daripada kumpulan ghazal. Semoga berjaya kepada kumpulan pembentang yang akan beraksi pada minggu hadapan.
1 comments:
Tahniah dan syabas buat kumpulan 5 kerana dapat menjawab setiap pertanyaan mengenai ghazal daripada guru dan pelajar sekolah berkenaan...Pembentangan kedua ini memang tidak sia-sia kerana kelemahan pada sebelumnya telah diatasi pada minggu ini..
Post a Comment