Saturday, October 2, 2010

MINGGU 10:JURNAL REFLEKSI


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, pada entri kali ini, penulis akan mengulas serba sedikit mengenai pembentangan muzik dan orkestra muzik India serta muzik orang asli. Pembentangan yang telah dilakukan oleh pembentang adalah berdasarkan fakta yang diperoleh daripada buku namun apa yang paling menarik adalah, kedua-dua kumpulan telah turun ke lapangan untuk mendapatkan input yang lebih mengenai tugasan masing-masing.

Muzik dan orkestra India merupakan satu jenis muzik yang berada pada kelasnya yang tersendiri kerana ia kelihatan unik dan lain daripada muzik moden dan tradisional yang lain yang terdapat di dunia ini. Muzik India sebenarnya banyak dipengaruhi dengan upacara keagamaan iaitu untuk tujuan pemujaan dewa dewi. Muzik India di bahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pada sebelah utara muzik Hindustani lebih banyak dimainkan manakala masyarakat di bahagian selatan lebih banyak memainkan muzik yang bercirikan asli yang dikenali sebagai ‘Karnatak’. Terdapat empat jenis utama alat muzik India yang selalu di mainkan dalam setiap upacara iaitu Nadasrawan, Thali, Ghatam dan Tabla. Muzik India juga merupakan muzik yang berasaskan vokal dan bersifat monofonik kerana ia tidak mempunyai harmoni semasa dimainkan.

Pembentangan muzik orang asli pula banyak menceritakan tentang muzik sewang yang banyak dimainkan oleh suku kaum Negrito dan Senoi. Muzik sewang sebenarnya berkait rapat dengan upacara mengubati penyakit namun pada masa kini ia di mainkan semata-mata untuk tujuan pelancongan sahaja. Alat muzik yang digunakan di dalam muzik orang asli kebanyakannya berasaskan bahan yang di dapati di dalam hutan seperti rebab yang diperbuat daripada tempurung dan disaluti dengan kulit ikan buntal dan juga biola yang diperbuat daripada pokok nangka.

Walaupun banyak input yang berjaya diperoleh penulis semasa pembentangan tersebut namun, kumpulan pembentang perlu memperbanyakkan lagi info di blog masing-masing dan penulis juga berharap agar pihak pembentang dapat menjawab segala persoalan yang telah dikemukakan pada waktu tersebut kerana ia akan membantu penulis dan rakan sekuliah yang lain untuk menghadapi peperiksaan akhir kelak.

1 comments:

Alfie on December 24, 2018 at 2:30 AM said...

Unable to withdraw the funds easily in Gdax
Getting predicaments while withdrawing the funds from your Gdax account? What could be the causes of such failures and how could one eliminate such errors? In order to know all the disclosures associated with such errors, you can call on Gdax customer support number1800-665-6722 which is operative throughout the year for supervision. The tech-geeks have all the steps and suggestions to deal with the technical errors that are hard to fix and are always ready to manage the users without any commitment. https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template