Saturday, September 25, 2010

MINGGU 9:JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini penulis akan membuat refleksi dan komentar berkaitan dengan muzik ghazal dan opera Cina berdasarkan pembentangan kumpulan yang telah diadakan pada minggu ke sembilan. Ghazal sebenarnya muzik yang berasal daripada Parsi dan ia merupakan puisi yang dipersembahkan dengan penuh kasih sayang yang diiringi dengan muzik. Di Malaysia terdapat dua jenis ghazal yang terkenal antaranya ialah Ghazal Johor yang banyak dimainkan di negeri Johor dan ghazal pati yang popular di kawasan pantai barat semenanjung. Harmonium, gambus, gitar, tamborin, marakas dan violin (biola) merupakan alat muzik utama yang diperlukan untuk mengiringi persembahan ghazal. Sementara itu, opera cina pula merupakan persembahan dialog berirama yang disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu. Dalam persembahan opera unsur-unsur teater diselitkan agar penceritaan dapat dihayati dengan lebih mendalam oleh para penonton.

Melalui pembentangan yang telah dilakukan, kefahaman penulis terhadap muzik ghazal dan opera cina semakin meningkat dan pengetahuan penulis terhadap alat muzik yang digunakan, sejarah kedua-dua muzik tersebut juga semakin bertambah. Namun dalam masa yang sama, bagi meningkatkan lagi kefahaman penulis terhadap muzik tradisional yang terdapat di Malaysia, penulis perlu membanyakkan pembacaan melalui akhbar, buku, dan mencari maklumat melalui internet dan jurnal agar ilmu berkaitan dengan muzik sentiasa dapat dimantapkan.

Ghazal Johor

Opera Cina

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template