Sunday, September 5, 2010

MINGGU 8:JURNAL REFLEKSI





Sesi pembentangan pada minggu ini menyaksikan kumpulan tiga menyampaikan satu lagi cabang muzik tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Boria. Melalui pembentangan tersebut penulis berupaya untuk ‘mengaut’ sedikit lagi ilmu berkaitan muzik boria yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan peristiwa karbala yang menyaksikan cucunda kesayangan Rasullah S.A.W di seksa dan dibunuh dengan kejam oleh bala tentera Yazid bin Muawiyah. Rentetan daripada peristiwa itu setiap kali menjelang 10 muharam puak syiah akan mengadakan upacara memperingati peristiwa tersebut melalui majlis yang dinamakan ‘takiziyah’ (di Malaysia dikenali sebagai Boria) dan semasa majlis tersebut berlangsung mereka akan menyeksa diri mereka bagi menunjukkan kesedihan terhadap peristiwa yang menimpa Hussein. Namun dalam konteks Malaysia, Persembahan boria telah diubah suai dengan kesesuaian budaya dan cara hidup setempat maka boria yang dipersembahkan di Malaysia kini tidak mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa karbala dan ia hanya dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu untuk menghiburkan audiens.

Pembentangan yang dipersembahkan oleh kumpulan tiga pada pandangan penulis sangat menarik dan mudah untuk difahami namun sekiranya ia ditambah dengan unsur-unsur audio dan visual, sudah tentu pembentangan akan bertambah menarik dan para audiens mampu membezakan boria yang terdapat di Malaysia dan ‘takziyah’ yang dipersembahkan di Iran. Namun pembentangan tersebut tetap mampu menarik minat audiens kerana penyampaiannya yang mudah difahami dan maklumat yang disampaikan mampu menarik minat pendengar. Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada kumpulan pembentang kerana mampu beraksi dengan baik semasa pembentangan dan juga mampu menghasilkan Blog yang cukup menarik dan berinformasi untuk dilayari.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template