Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada entri minggu ini penulis akan membuat komen terhadap dua kumpulan yang terakhir. Kumpulan yang pertama merupakan pembentangan untuk kali kedua daripada mereka mengenai ‘Opera Cina dan Potehi di Malaysia’. Terdapat peningkatan dari segi cara pembentangan kerana mereka telah dapat menghapuskan dialek negeri dan tidak membaca teks ketika membentang. Kumpulan ini juga dapat memberi penerangan yang jelas mengenai opera cina dan potehi. Maklumat yang diperoleh dapat mempertingkatkan kefahaman kepada rakan-rakan yang lain.
Namun bagi pembentangan kedua yang membentangkan tajuk mengenai “muzik tradisional Sabah dan Sarawak” dilihat sedikit gugup dan tidak mempunyai maklumat yang banyak untuk dikongsi bersama. Terdapat kesalahan ejaan dan sebutan ketika pembentangan dilakukan. Namun begitu terdapat juga input-input yang berjaya diperoleh hasil daripada pembentangan tersebut seperti perbezaan tarian dan pakaian bagi setiap suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih mantap, mereka perlu merujuk kepada beberapa orang responden yang berasal daripada Sabah atau Sarawak, ini kerana seorang tidak mencukupi untuk mengetahui secara keseluruhan keunikan muzik Sabah dan Sarawak. Dari segi video yang dipamerkan, penjelasan yang lebih perlu dilakukan agar tahap kefahaman yang tinggi dapat dicapai oleh rakan-rakan yang lain
0 comments:
Post a Comment