Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisional dan tanpa kita sedari, ini merupakan entri terakhir kita untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pendapat tentang muzik warisan kita. Selama 14 minggu menjalani kuliah SMP 2252, banyak perkara yang berjaya dipelajari oleh penulis sama ada secara sedar atau tidak. Apa yang pasti pengetahuan penulis tentang muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia kini semakin ‘membukit’ dan diharapkan ilmu yang ada kini mampu diperkaya dan dikongsi bersama orang lain pada masa hadapan. Insya Allah. Sebenarnya penulis mengambil subjek ini bukan disebabkan minat namun lebih kepada dasar terpaksa kerana tidak ada pilihan lain, namun tanpa diduga dalam keterpaksaan tersebut penulis mampu menimba banyak ilmu dan pengalaman yang mungkin tidak di tawarkan di dalam kursus lain.
Pada minggu-minggu awal mengikut kelas ini, tidak di nafikan penulis (mungkin juga kebanyakan rakan-rakan sekelas yang lain) berasa tertekan kerana terlalu banyak tugasan yang terpaksa di lunaskan. Keadaan dirasakan semakin bertambah ‘parah’ apabila pensyarah mengumumkan bahawa kursus ini akan menggunakan blog sebagai alternatif utama pembelajaran. Sebagai seorang yang ‘buta it’ pembelajaran melalui blog dirasakan terlalu berat (mungkin juga leceh) kerana penulis perlu sentiasa alert dengan dunia on-line . selain itu, tugasan jurnal mingguan juga dirasakan tugasan yang agak berat kerana penulis terpaksa ‘mengerah’ otak setiap minggu untuk menceritakan pembelajaran pada minggu tersebut, kadang- kala penulis merasakan bahawa, penulis menulis isi dan pendapat yang sama sahaja bagi minggu-minggu tersebut. Namun tanpa disedari, penggunaan blog dalam pembelajaran sebenarnya telah membantu penulis dalam banyak perkara contohnya ialah ia mampu mengasah bakat penulisan penulis agar lebih tersusun, matang dan teratur. Selain daripada itu, penggunaan blog juga dilihat banyak membantu penulis untuk berinteraksi bersama rakan-rakan dan pensyarah dan keadaan tersebut dilihat sesuatu yang sangat menarik kerana segala persoalan dan perbincangan boleh dilakukan secara atas talian tanpa bersua muka dan ia mampu menjimatkan kos dan tenaga. Selain daripada itu, sepanjang kuliah berlangsung, penulis merasakan bahawa kerjasama dan kesepaduan antara penulis dan rakan-rakan sekuliah yang dapat dipupuk, walaupun kami semua datang daripada jurusan dan fakulti yang berbeza namun perbezaan tersebut tidak dijadikan penghalang bagi kami untuk bersatu untuk menimba ilmu.
Kesimpulannya, pembelajaran Muzik Tradisional (SMP 2252) telah banyak memberikan pengajaran berguna kepada penulis yang diharapkan dapat membantu penulis apabila ditugaskan di sekolah kelak. Apa yang pasti penggunaan blog dalam pengajaran mampu membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada pelajar malah juga kepada pendidik itu sendiri. Akhir kata, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada En Amran Aris pensyarah yang cukup sporting dalam melayan kerenah pelajarnya yang pelbagai. Ilmu yang dicurahkan kepada kami sungguh bernilai dan Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Semoga Allah mempermudahkan encik dalam menyiapkan thesis phd encik..All The Best sir!
8 comments:
diharapkan ilmu yang diperolehi dapat dijadikan panduan dan memperoleh manfaat sebagai panduan menghadapi kehidupan masa hadapan..tahniah kerana anda mampu bertahan walaupun kursus ini adalah berat pada mulanya, namun atas usaha yang gigih anda mampu untuk menguasainya.semoga kita sama-sama mencapai apa yang di cita-citakan.
Ada satu perkataan yang saya tidak faham lah.... Adakah ia 'mengerah otak' atau 'memerah otak'? boleh tak beritahu saya jawapan yang betul....... sebab BM saya tak baik.... so, nak pastikan perkataan yang betul supaya tidak melakukan kesilapan kelak.....
Apa yang telah dipelajari selama 14 minggu ini mampu memberikan banyak ilmu dan pengalaman yang berguna kepada semua pelajar tidak kira sama ada pelajar yang mempunyai asas dalam muzik atau pelajar yang tidak tahu langsung mengenai muzik itu sendiri..
Jawapan untuk Wong ialah memerah otak...kesilapan teknikal yang tidak kelihatan ...saya bersetuju dengan ulasan di atas...pada awal kemunculan blog ini banyak perbezaan pendapat dan permasalahan yang dialami kita semua tetapi akhirnya menjadi sebati dengan kita...good job
Terdapat banyak pengalaman yang kami semua telah perolehi sepanjang 14 minggu kuliah ini.tahniah pada semua.
Semoga apa yang dapat kita pelajari selama 14 minggu bersama - sama dengan En Amran dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
good luck in final exam~
kepada saudara wong..penggunaan 'mengerah' yang saya gunakan mungkin tidak ada salah dan silapnya..kerana menurut kamus dewan edisi ke4..mengerah=menggunakan/mengarahkan sesuatu..semoga dengan penjelasan ini kita sama2 dapat memperkayakan penguasaan bahasa kebangsaan kita.TQ..
Post a Comment