Saturday, August 21, 2010

MINGGU 6:JURNAL REFLEKSI




Makyung dan Kompang merupakan dua lagi jenis muzik tradisional yang telah dipelajari oleh penulis pada minggu ini. Sebelum kuliah tersebut berlangsung penulis tidak pernah tahu apa itu Makyung namun tidak tidak nafikan pernah mendengar nama itu sebelum ini namun penulis tidak tahu apakah sebenarnya Makyung itu dan bagaimanakah ia dipersembahkan. Kompang pula suatu alat muzik yang sememangnya lazim didengari oleh penulis kerana ia kerap dimainkan semasa majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi namun penulis tidak pernah berkesempatan untuk bermain alat muzik tersebut. Harapan penulis agar pada masa akan datang penulis diberikan peluang untuk menonton persembahan Makyung secara ‘live’ dan berharap berpeluang untuk belajar bermain kompang secara lebih mendalam kerana penulis mendapati ia mempunyia rentak yang sungguh menarik untuk didengari.

Menurut Sejarah, Mak yung yang merupakan persembahan daripada kelompok seni lakon utama yang berasal daripada Kerajaan Pattani yang telah di bawa masuk ke Tanah Melayu seperti di Kelantan dan Kedah, namun pengaruhnya dilihat lebih kuat dan lebih banyak di mainkan di negeri Cik Siti Wan Kembang berbandaing di negeri Kedah. Mak yung merupakan persembahan seni lakon utama yang menggabungkan dialog, tarian, nyanyian dan alat muzik untuk menceritakan sesuatu lagenda dan mitos. Pada masa dahulu pelakon yang terlibat dalam persembahan Mak yung terdiri daripada lelaki dan perempuan namun selepas abad ke-20 kesemua pelakon dalam persembahan tersebut dimainkan oleh pelakon wanita. Selain daripada itu persembahan Makyung juga tidak terhad untuk persembahan di istana sahaja namun ia juga merupakan satu persembahan yang dimainkan oleh rakyat untuk tontonan rakyat. Disamping itu,selain daripada untuk persembahan huburan Mak yung kebiasaannya dipersembahkan untuk tujuan menyembuhkan penyakit dalam persembahan khusus yang dipanggil ‘main puteri’.

Terdapat beberapa mode utama yang dapat dikenalpasti di dalam persembahan Makyung antaranya ialah mode mengadapa rebab. Mode mengadap rebab bermaksud kesemua pelakon akan memberikan penghormatan kepada alat muzik utama persembahan ini iaitu alat muzik rebab. Mode lagu ela pula akan dimainkan apabila sesuatu berita atau cerita akan disampaikan oleh para pelakonnya. Bagi membangkitkan sesuatu perasaan halus pula , para pemain muzik persembahan Makyung akan memainkan lagu mengulit raja nak tidur, pembangkitan perasaan halus dilihat penting agar para penonton dapat menghayati dan memahami jalan cerita tersebut secara lebih mendalam. Mode sang atau penyudah pula akan dimainkan apabila persembahan tersebut telah sampai ke kemuncaknya.

Terdapat tiga alat muzik utama yang terdapat di dalam persembahan muzik Makyung antaranya ialah Rebab, tetawak dan gendang. Rebab merupakan alat muzik utama Makyung yang berasal daripada keluarga kordofon namun ia bersifat ‘fretless’. Rebab diperbuat daripada kulit perut lembu dan dibahagaian tengahnya akan diletakkan ‘susu’ iaitu alat yang diperbuat daripada lilin lebah yang bertujuan untuk menyerap bunyi agar bunyi yang dihasilkan tidak terlalu kuat ataupun nyaring dan alatan ini akan digesek menggunakan tali nyilon. Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sisitem gongan. Ia bermaskud apabila gong akan dipalu apabila sesuatu pusingan muzik itu habis dimainkan. Persembahan Makyung juga menggunakan irama empat timbre iaitu cak ting bagi gendang anak, dan irama pak duh bagi gendnag ibu. Kedua-dua irama itu akan dimainkan secara interlocking atau meningkah antara satu sama lain.



Kompang pula merupakan alat muzik yang berasal daripada tanah arab atau timur tengah. Ia telah di bawa masuk ke tanah Melayu oleh pedagang arab pada abad ke tiga masihi. Kompang biasanya popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan selalu dimainkan apabila terdapat majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Kompang biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan vocal seperti nasyid dan marhaban disamping menjadi alat muzik tambahan bagi mengiringi kumpulan okestra muzik.

Peralatan dan alat muzik utama dalam persembahan kompang adalah kompang itu sendiri, ia diperbuat daripada kulit kambing betina pada bahagian tengahnya manakala pada bahagian tepinya pula diperbuat daripada kayu nangka. Teradapt tiga pukulan utama bagi menghasilkan bunyi kompang secara harmoni antaranya ialah pukulan melalu iaitu pukulan asas atau pukulan yang paling mudah, pukulan menyilang pula akan memainkan rentak silihan atau up beat kepada pukulan melalu. Sementara pukulan menyilang pula adalah pukulan yang menjadi penghias rentak yang dimainkan antara kumpulan Melalu dan Menyilang. Dari segi irama pula, kompang mempunyai tiga irama utama iaitu irama inang asas, masri dan irama asli asas. Sistem tuning kompang juga dilihat sangat penting agar bunyi dan ton yang dihasilkan sentiasa tinggi dan bagi memastikan agar ton bunyi kompang sentiasa berada pada tahap terbaik sedak akan digunakan untuk menegangkan permukaan kompang tersebut.

Kesimpulannya, pembelajaran minggu ke enam telah membawa banyak pengalaman baru kepada penulis terutama sekali apabila diberikan peluang bersama rakan sekuliah yang lain untuk merasai pengalaman bermain kompang. Dalam sesi demonstrasi tersebut, penulis dan rakan-rakan telah diajar bagaimana untuk menghasilkan pukulan masri, inang dan pukulan untuk berarak. Walaupun tangan sedikit pedih kerana terpaksa memukul sekuat hati untuk menghasilkan bunyi yang kuat namun kepuasan dan pengalaman manis tersebut telah menutupi segala kesakitan yang ditanggung.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template