Saturday, August 7, 2010

MINGGU 4:JURNAL REFLEKSI



Melalui kuliah sebelum ini, penulis telah mengetahui serba sedikit mengenai sound scape, asal usul muzik tradisional, budaya muzik, kaedah klasifikasi muzik dan ciri-ciri muzik tradisional. Kesemua ilmu dan pengalaman baru tersebut telah membuatkan penulis berasa lebih menghargai dan ingin mengetahui tentang muzik tradisional tempatan kerana, ia sebenarnya menarik untuk diterokai dan difahami. Selain itu, penulis semakin menyedari bahawa jika bukan kita sendiri yang mneghargai muzik tempatan,siapa lagi yang harus diharapkan .Pada kuliah minggu ke empat yang lalu, pensyarah telah ‘membawa’ satu topik pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik iaitu wayang kulit. Sebelum ini, penulis sebenarnya tidak mengikuti dan tidak memahami langsung tentang wayang kulit, ia mungkin disebabkan bahasa yang digunakan dalam persembahan tersebut sukar untuk penulis fahami maka minat terhadap muzik berkenaan kurang. Apa yang berada di fikiran penulis selama ini adalah wayang kulit berasal daripda negeri Cik Siti Wan Kembang dan hanya dimainkan di negeri tersebut. Namun selepas mengikut kuliah minggu ke empat, kefahaman penulis terhadap wayang kulit semakin bertambah kerana ia merupakan salah satu seni yang unik dan menarik untuk dihayati.

Tiga perkara terbaru yang kini diketahui oleh penulis mengenai wayang kulit ialah jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dan perbezaan antara wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Di Malaysia sebenarnya terdapat empat jenis wayang kulit utama iaitu wayang kulit Jawa dan Wayang kulit Melayu yang menerima pengaruh daripada Indonesi serta wayang kulit Gedek dan Kelatan yang menerima pengaruh daripada Siam. Antara perkara utama yang boleh dikesan untuk membezakan antara ke empat-empat wayang kulit tersebut ialah melalui alat muzik dan bahasa yang digunakan. Contohnya seperti, wayang kulit Jawa dan Melayu menggunakan gamelan sebagai salah satu alat muzik iringannya dan ia menggunakan bahasa bahasa Jawa atau Indonesia, manakala wayang kulit Gedek dan Kelantan boleh dikenal pasti apabila penonton mendengar bunyi serunai dan menggunakan dialek Kelantan yang menonjolkan pengaruh daripada siam. Walaubagaimanapun, satu perkara utama yang membezakan wayang kulit Gedek daripada wayang kulit yang lain ialah melalui cara patungnya dipersembahkan. Patung wayang kulit gedek akan dimainkan secara berhadapan iaitu muka patung tersebut akan menghadap para penonton. Contoh wayang kulit gedek adalah seperti video di bawah



Perkara ini dilihat berlainan dengan wayang kulit Jawa, Kelatan dan Melayu kerana ia dimainkan secara mengiring dan hanya menampakkan sisi wajah patung tersebut sahaja. Cara persembahan wayang kulit yang hanya menampakkan sisi wajah ini sebenarnya banyak menerima pengaruh daripada Jawa kecuali wayang Kulit Kelantan, walaupun ia menerima pengaruh daripada Siam namun daripada segi kedudukan patung ia tetap dimainkan secara mengiring. Selain daripada itu, dalam sesetengah wayang kulit seperti wayang kulit Melayu, keadaan kedudukan badan patung boleh membezakan antara watak baik dan watak jahat. Kebiasaannya patung yang berhidung belang dan sentiasan mendongak ke atas adalah berwatak jahat, manakala patung yang bertubuh kecil dan sentiasa menunduk ke bawah adalah berwatak baik.

Wayang kulit sebenarnya, bukan setakat dimainkan untuk hiburan semata-mata namun ia tetap meyelitkan unsur-unsur nasihat yang berbentuk keagamaan kepada masyarakat, ia bertujuan untuk memberikan peringatan dan teguran secara lembut agar masyarakat tidak terus lalai dalam melakukan sesuatu. Selain daripada itu, wayang kulit Gedek misalnya, turut menyelitkan banyak babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Namun apa yang pasti, persamaan utama kesemua wayang kulit tersebut daripada segi penceritaan ialah ia tetap mengekalkan siri cerita epik Ramayana dan Mahabrata namun cara penyampaiannya yang sedikit berbeza.

Kesimpulannya, wayang kulit merupakan satu unsur tradisi yang harus dipelihara agar ia tidak terus hanyut ditelan zaman, pelbagai keedah sebenarnya yang boleh diaplikasikan untuk menambahkan pengetahuan masyarakat tentang wayang kulit antaranya ialah menerbitkan lebih banyak dokumentari yang memaparkan tentang keistimewaan dan asal usul wayang kulit selain mengadakan road show di seluruh Negara untuk memperkenalkan unsur seni tersebut kepada seluruh masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template