Setelah selesai mengikuti kuliah minggu ketiga, semakin banyak input tentang muzik terdisional yang dapat diutip oleh penulis. Antara perkara utama yang dibincangkan dalam kuliah tersebut adalah berkaitan dengan kaedah klasifikasi muzik terdisional
Namun selepas kuliah ketiga berlangsung kefahaman penulis terhadap muzik tradisional dapat diperkaya lagi dengan pelbagai maklumat seperti perspektif adaptasi dan idiosinkretik yang diaplikaiskan dalam musik tradisional. Mengikut pemahaman penulis kesemua muzik tradisional yang terdapat di
Dari segi kategori alatan muzik pula, muzik tradisional telah dibahagiakan kepada beberapa bahagian utama iaitu muzik
Ciri utama muzik terdisional Melayu sebenarnya hasil gabungan daripada muzik untuk golongan kerabat diraja dan juga muzik yang dimainkan oleh masyarakat bawahan. Hasil daripada gabungan kedua-dua budaya muzik tersebut maka wujudlah beberapa ciri-ciri dan kategori muzik tradisional Malaysia seperti dramatari seperti Mak Yung yang memperlihatkan gabungan tarian, lakonan dan alat muzik dalam persembahannya. Terdapat juga kategori dramatari yang hanya menggabungkan tarian dan permainan alat muzik dalam persembahannya yang dikenali sebagai muzik bentuk tarian utama yang lebih banyak menyampaikan sesuatu mesej berdasarkan gerakan dan bahasa tubuh.
Kesimpulannya, kuliah muzik tradisional kelihatan semakin menarik dari minggu ke minggu kerana ia menggupas lebih banyak rahsia dan ilmu yang tidak pernah diketahui oleh penulis sebelum ini. Selain daripada itu, penulis berpendapat bahawa ilmu berkaitan dengan muzik tradisional ini bukan sahaja boleh diperolehi daripada kuliah dan pembacaan malah ia juga boleh ’diddekati’ secara mendalam melalui saluran elektronik yang menggunakan teknologi canggih seperti internet kerana ia menyediakan pelbagai maklumat tambahan yang amat menarik untuk diterokai dan dihayati.
1 comments:
Assalamualaikum wbt..
Benar kata kamu, kuliah muzik tradisional memang semakin menarik dari minggu ke minggu kerana kita dapat mengetahui lebih mendalam apa itu muzik tradisional tidak kira samada dari segi alatan struktur, kaedah mahupun cirinya yang kita sendiri tidak pernah tahu.
Wa'salam..
:)
Post a Comment