Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2 : REFLEKSI JURNAL


Kursus Muzik Tradisional kedengarannya agak membosankan kerana dalam pemikiran penulis kurusus ini sudah tentu banyak membincangkan tentang muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia yang sememangnya ‘lari’ jauh daripada selera anak-anak muda seperti penulis dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Selama ini, penulis berpendapat bahawa muzik adalah sesuatu yang dihasilkan oleh para penggiat muzik sekadar untuk menghiburkan masyarakat disamping untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Selain daripada itu, sebelum ini penulis melayan muzik secara membuta tuli tanpa ada keinginan untuk mengetahui genre muzik tersebut dan kurang peka terhadap alat muzik yang dimainkan bersama dengan lagu tersebut. Namun apabila kuliah yang kedua bermula, pandangan penulis terhadap kursus ini malah kepada muzik kini semakin berubah. Penulis kini semakin memahami bahawa muzik yang wujud kini mempunyai asal usul yang tersendiri, namun akibat daripada perubahan dan peredaran masa muzik yang asal telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan norma sesuatu tempat.

Selain daripada itu, setelah menyertai kursus ini dan mula mempelajari muzik secara formal, satu keinginan wujud di hati penulis tentang bagaimana sesuatu muzik dihasilkan dan bagaimana bunyi-bunyi disusun dan dikompos menjadi satu irama yang yang merdu dan mendamaikan apabila hinggap di telingga para pendengar. Selain daripada itu, penulis juga berkeinginan untuk mengetahui tentang asal usul kedatangan muzik yang terdapat di Malaysia dan bagaimana ia diadaptasi dengan budaya dan cara hidup yang terdapat di Malaysia.

Perkara yang lebih menarik perhatian adalah, muzik merupakan lambang identiti sesuatu masyarakat sehingga muzik dilabelkan sebagai budaya atau cara hidup sesuatu kaum. Hanya dengan melalui muzik kita akan dapat mengetahui kebudayaan sesuatu kaum dan keadaan tersebut menunjukkan bahawa muzik membawa impak yang cukup besar dalam kehidupan setiap individu di dunia. Contohnya adalah muzik tradisional masyarakat Kadazan Dusun yang banyak menggunakan alat muzik berasaskan buluh dan ia ditarikan bersama tarian kebudayaan masyarakat tersebut yang di kenali sebagai ‘Tarian Sumazau’. Tarian dan muzik suku kaum tersebut kebiasaannya dimainkan selepas proses menuai padi selesai. Masyarakat Kadazan Dusun pada waktu itu akan menganjurkan satu pesta yang dikenali sebagai ’Tadau Kaamatan’ atau pesta menuai bagi meraikan Tuhan padi kerana telah memberikan mereka hasil yang banyak pada tahun tersebut. Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa, setiap muzik, tarian atau kebudayaan sesuatu kaum bukan hanya untuk hiburan semata-mata namun ia sebenarnnya mempunyai ’cerita’ disebalik apa yang dipersembahkan kepada umum.

Namun begitu, muzik sebenarnya bukan semata-mata boleh dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah atau daripada buku-buku yang terdapat dipasaran. Pembelajaran yang lebih berkesan sebenarnya adalah melalui pembelajaran yang di lakukan dilapangan seperti melakukan kajian dan temubual terhadap individu yang terlibat secara langsung dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang muzik. Melalui cara itu, kita mampu untuk ’mengaut’ lebih banyak pengalaman dan ilmu yang sukar diperolehi semasa di dalam dewan-dewan kuliah mahupun melelui pembacaan.

Kesimpulannya, muzik sebenarnya satu elemen penting dalam kehidupan setiap insan . Tanpa muzik maka akan pincanglah kehidupan kerana melalui muzik kita mampu mengekspresikan apa yang tersirat di dasar hati agar dihargai oleh setiap insan yang mendengarnya kerana muzik bukan setakat hiburan dan kegembiraan semata-mata namun ia mempunyai mesej yang lebih daripada itu yang boleh diterokai bersama.


0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template