Saturday, August 21, 2010

MINGGU 6:JURNAL REFLEKSI




Makyung dan Kompang merupakan dua lagi jenis muzik tradisional yang telah dipelajari oleh penulis pada minggu ini. Sebelum kuliah tersebut berlangsung penulis tidak pernah tahu apa itu Makyung namun tidak tidak nafikan pernah mendengar nama itu sebelum ini namun penulis tidak tahu apakah sebenarnya Makyung itu dan bagaimanakah ia dipersembahkan. Kompang pula suatu alat muzik yang sememangnya lazim didengari oleh penulis kerana ia kerap dimainkan semasa majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi namun penulis tidak pernah berkesempatan untuk bermain alat muzik tersebut. Harapan penulis agar pada masa akan datang penulis diberikan peluang untuk menonton persembahan Makyung secara ‘live’ dan berharap berpeluang untuk belajar bermain kompang secara lebih mendalam kerana penulis mendapati ia mempunyia rentak yang sungguh menarik untuk didengari.

Menurut Sejarah, Mak yung yang merupakan persembahan daripada kelompok seni lakon utama yang berasal daripada Kerajaan Pattani yang telah di bawa masuk ke Tanah Melayu seperti di Kelantan dan Kedah, namun pengaruhnya dilihat lebih kuat dan lebih banyak di mainkan di negeri Cik Siti Wan Kembang berbandaing di negeri Kedah. Mak yung merupakan persembahan seni lakon utama yang menggabungkan dialog, tarian, nyanyian dan alat muzik untuk menceritakan sesuatu lagenda dan mitos. Pada masa dahulu pelakon yang terlibat dalam persembahan Mak yung terdiri daripada lelaki dan perempuan namun selepas abad ke-20 kesemua pelakon dalam persembahan tersebut dimainkan oleh pelakon wanita. Selain daripada itu persembahan Makyung juga tidak terhad untuk persembahan di istana sahaja namun ia juga merupakan satu persembahan yang dimainkan oleh rakyat untuk tontonan rakyat. Disamping itu,selain daripada untuk persembahan huburan Mak yung kebiasaannya dipersembahkan untuk tujuan menyembuhkan penyakit dalam persembahan khusus yang dipanggil ‘main puteri’.

Terdapat beberapa mode utama yang dapat dikenalpasti di dalam persembahan Makyung antaranya ialah mode mengadapa rebab. Mode mengadap rebab bermaksud kesemua pelakon akan memberikan penghormatan kepada alat muzik utama persembahan ini iaitu alat muzik rebab. Mode lagu ela pula akan dimainkan apabila sesuatu berita atau cerita akan disampaikan oleh para pelakonnya. Bagi membangkitkan sesuatu perasaan halus pula , para pemain muzik persembahan Makyung akan memainkan lagu mengulit raja nak tidur, pembangkitan perasaan halus dilihat penting agar para penonton dapat menghayati dan memahami jalan cerita tersebut secara lebih mendalam. Mode sang atau penyudah pula akan dimainkan apabila persembahan tersebut telah sampai ke kemuncaknya.

Terdapat tiga alat muzik utama yang terdapat di dalam persembahan muzik Makyung antaranya ialah Rebab, tetawak dan gendang. Rebab merupakan alat muzik utama Makyung yang berasal daripada keluarga kordofon namun ia bersifat ‘fretless’. Rebab diperbuat daripada kulit perut lembu dan dibahagaian tengahnya akan diletakkan ‘susu’ iaitu alat yang diperbuat daripada lilin lebah yang bertujuan untuk menyerap bunyi agar bunyi yang dihasilkan tidak terlalu kuat ataupun nyaring dan alatan ini akan digesek menggunakan tali nyilon. Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sisitem gongan. Ia bermaskud apabila gong akan dipalu apabila sesuatu pusingan muzik itu habis dimainkan. Persembahan Makyung juga menggunakan irama empat timbre iaitu cak ting bagi gendang anak, dan irama pak duh bagi gendnag ibu. Kedua-dua irama itu akan dimainkan secara interlocking atau meningkah antara satu sama lain.



Kompang pula merupakan alat muzik yang berasal daripada tanah arab atau timur tengah. Ia telah di bawa masuk ke tanah Melayu oleh pedagang arab pada abad ke tiga masihi. Kompang biasanya popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan selalu dimainkan apabila terdapat majlis-majlis rasmi, majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Kompang biasanya digunakan untuk mengiringi persembahan vocal seperti nasyid dan marhaban disamping menjadi alat muzik tambahan bagi mengiringi kumpulan okestra muzik.

Peralatan dan alat muzik utama dalam persembahan kompang adalah kompang itu sendiri, ia diperbuat daripada kulit kambing betina pada bahagian tengahnya manakala pada bahagian tepinya pula diperbuat daripada kayu nangka. Teradapt tiga pukulan utama bagi menghasilkan bunyi kompang secara harmoni antaranya ialah pukulan melalu iaitu pukulan asas atau pukulan yang paling mudah, pukulan menyilang pula akan memainkan rentak silihan atau up beat kepada pukulan melalu. Sementara pukulan menyilang pula adalah pukulan yang menjadi penghias rentak yang dimainkan antara kumpulan Melalu dan Menyilang. Dari segi irama pula, kompang mempunyai tiga irama utama iaitu irama inang asas, masri dan irama asli asas. Sistem tuning kompang juga dilihat sangat penting agar bunyi dan ton yang dihasilkan sentiasa tinggi dan bagi memastikan agar ton bunyi kompang sentiasa berada pada tahap terbaik sedak akan digunakan untuk menegangkan permukaan kompang tersebut.

Kesimpulannya, pembelajaran minggu ke enam telah membawa banyak pengalaman baru kepada penulis terutama sekali apabila diberikan peluang bersama rakan sekuliah yang lain untuk merasai pengalaman bermain kompang. Dalam sesi demonstrasi tersebut, penulis dan rakan-rakan telah diajar bagaimana untuk menghasilkan pukulan masri, inang dan pukulan untuk berarak. Walaupun tangan sedikit pedih kerana terpaksa memukul sekuat hati untuk menghasilkan bunyi yang kuat namun kepuasan dan pengalaman manis tersebut telah menutupi segala kesakitan yang ditanggung.

Teruskan Membaca...

Friday, August 13, 2010

MINGGU 5:JURNAL REFLEKSI






Pengetahuan penulis tentang muzik Gamelan dan Caklempong selama ini adalah terlalu cetek. Penulis hanya mengetahui bahawa muzik Gamelan dimainkan dengan satu alat muzik yang penulis kenali sebagai ‘zylofon’ manakala bagi muzik Caklempong pula penulis langusng tidak pernah mengetahui kewujudan alat muzik tersebut sehinggalah kuliah minggu ke lima diikuti. Pada masa itu, barulah penulis sedar bahawa terlalu banyak rupanya kesenian tradisional tempatan yang masih tidak diketahui oleh penulis. Apabila kelas minggu kelima berlangsung, penulis terasa amat tertarik untuk memainkan alatan muzik tersebut kerana ia merupakan gabungan alatan-alatan muzik yang hampir sama namun mempunyai karekter tersendiri bagi memantapkan lagi bunyi yang dihasilkan.

Terdapat beberapa input baru mengenai muzik tradisional dalam kuliah kelima ini yang diperolehi penulis terutama muzik Gamelan dan Caklempong. Di Malaysia terdapat dua jenis utama muzik Gamelan iaitu Gemelan Jawa dan Gamelan Terengganu. Dari segi sejarah, Gamelan Terenggau sebenarnya berasal daripada Jawa yang dibawa masuk ke Pahang kerana wujud perkahwinan di antara kerabat Jawa dan Pahang. Keadaan yang sama juga berlaku di Terenggau apabila kerabat di Raja Terenggau berkahwin dengan salah seorang ahli kerabat Pahang maka secara perlahan-lahan muzik Gamelan di bawa masuk ke Istana Terenggau dan ia telah melalui proses pengubahsuaian dan hanya dimainkan untuk tujuan hiburan golongan Istana Sahaja. Sementara itu, Gamelan Jawa yang banyak dimainkan di negeri-negeri Selangor dan Johor pula berasal daripada Pulau Jawa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu sewaktu penjajahan Eropah. Walaubagaimanapun, Gamelan Jawa mempunyai sedikit perbezaan daripada Gamelan Terengganu kerana ia merupakan alat muzik yang boleh dimainkan oleh golongan rakyat dan dijadikan sebagai satu bentuk hiburan bagi mereka dan ia tidak hanya terhad untuk golongan Istana seperti yang berlaku di Terengganu (Gamelan Terengganu). Kedua-dua jenis Gamelan tersebut adalah daripada kategori muzik tarian utama, kerana permainan alunan muzik gamelan akan ditarikan bersama dengan tarian asyik namun Gamelan Jawa memaparkan sedikit kelainan apabila ia turut menyelitkan nyanyian dalam persembanhannya.

Dari segi peralatan alat muzik, Gamelan Terengganu dilihat mempunyai alat muzik yang sedikit berbanding dengan Gamelan Jawa. Gamelan Terengganu mempunyai tujuh alat muzik secara keseluruhannya iaitu enam daripada keluarga Idiofon(boning, saron barung, sarun penerus, gambang, kenong, dan gong) dan satu daripada membranofon iaitu gendang. Manakala Gamelan Jawa pula memerlukan peralatan yang lebih banyak untuk dimainkan, ia merangkumi Sembilan peralatan secara keseluruhannya seperti gendang (ketipung, jiblon, bem), bonang/keromong , demung ,saron barung ,saron penerus/pekin ,gambang ,kenong ,kempol dan gong.

Notasi pada muzik Gamelan dilihat tidak begitu penting pada zaman dahulu kerana ia dimainkan tanpa nota-nota muzik seperti yang terdapat dalam muzik-muzik moden kini. Masyarakat zaman dahulu menggunakan sistem hafalan untuk memainkan muzik Gamelan. Walaubagaimanapun, bagi memudahkan proses hafalan tersbut, orang-orang zaman dahulu telah mencipta satu sistem nombor yang dikenali sebagai sistem kepatihan dan ia masih kekal digunapakai sehingga sekarang. Selain daripada itu muzik Gamelan pada masa dahulu di pelajari secara tidak formal iaitu melalui pendengaran dan peniruan daripada nada-nada yang mudah sehinggalah ke nada yang agak kompleks. Selain daripada itu, muzik Gamelan juga memiliki tekstur polifoni iaitu gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Disamping itu, jika didengar dengan teliti, muzik Gamelan sebenarnya dimainkan secara berulang ataupun secara bulatan dan setiap akhir satu bulatan ia akan ditandai dengan bunyi alatan tertentu seperti bunyi gong.



Selain daripada gamelan terdapat satu lagi jenis alat muzik tradisional Malaysia yang menggunakan banyak alatan muzik daripada keluarga idiofon iaitu Caklempong. Caklempong sebenarnya alat muzik yang dibawa masuk daripada Minangkabau dan banyak dimainkan di kawasan Kuala Pilah Negeri Sembilan. Muzik ini kebiasaannya dimainkan untuk mengiringi tarian seperti tarian lilin, pencak silat dan turut dimainkan semasa majlis-majlis perkahwinan.

Terdapat enam alatan muzik utama yang diperlukan untuk memainkan alat muzik Caklempong, antaranya ialah Bonang. Bonang merupakan alat muzik yang menyerupai gong iaitu mempunyai tombol dipermukaannya namun saiznya lebih kecil berbanding gong. Sistem tuning Bonang ialah dengan cara mengetuk bahagian tombol untuk mencari pic yang paling tinggi dan proses yang sama turut dilakukan untuk mencari pic yang lebih rendah namun dengan cara mengetuk bahagian belakang alat muzik tersebut. Greteh juga merupakan salah satu alat muzik utama Caklempong. Ia merupakan bonang yang telah disusun sebanyak 15 biji bonang dalam satu set (satu papan) dengan nada c minor dan tujuh nada pilihan. Seelok-eloknya ia di dalam muzik Caklempong terdapat dua jenis greteh supaya salah satu daripadanya boleh memainkan kaunter muzik. Tingkah pula alat yang seakan-akan greteh namun ia bersaiz lebih kecil yakni hanya mempunyai lapan biji bonang dalam satu set. Tingkah berfungsi untuk mengawal rentak dan akan dipukul mengikut pukulan gendang.

Sauwa/saua pula mempunyai persamaan dengan Tingkah kerana ia juga memiliki lapan biji bonang dalam satu set atau satu papan. Ia akan diketuk mengikut kod melodi. Oleh kerana ia tidak mempunyai notasi tertentu maka pemainnya akan diajarkan terlebih dahulu tantang kod melodinya sebelum ia dimainkan.. Gendang juga merupakan antara satu instrument utama Caklempong, ia terdiri daripada dua iaitu gendang ibu (bersaiz besar) dan gendang anak (bersaiz dua senitmeter lebih kecil daripada gendang ibu). Kedua-dua bahagian kulit gendang akan dipukul secara bertingkah untuk menghasilkan rentak. Terdapat juga alatan muzik daripada keluarga aerofon iaitu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tiupan yang terdapat di dalam Caklempong iaitu bangsi dan serunai. Bangsi sejenis alat muzik yang seakan-akan rekoder yang diperbuat daripada buluh yang mempunyai tujuh lubang jari untuk menghasilkan nada yang sepadan dengan nada Greteh. Serunai pula diperbuat daripda tanduk dan hanya mempunyai tiga lubang. Ia kebiasaannya membawa nada yang sama dengan alat muzik greteh.



` Kesimpulannya, alat muzik Gamelan dan Caklempong sebenarnya boleh di pelajar melalui pelbagai cara antaranya ialah melalui pameran muzik tradisional agar masyarakat lebih terdedah kepadanya. Selain daripada itu, peranannya dalam majlis-majlis rasmi juga tidak harus dipandang sepi, malah ia boleh dijadikan sebagai alat muzik utama dalam majlis-majlis rasmi, kerana secara tidak langsung mampu menambat hati masyarakat untuk mempelajarinya secara lebiih dekat.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 7, 2010

MINGGU 4:JURNAL REFLEKSI



Melalui kuliah sebelum ini, penulis telah mengetahui serba sedikit mengenai sound scape, asal usul muzik tradisional, budaya muzik, kaedah klasifikasi muzik dan ciri-ciri muzik tradisional. Kesemua ilmu dan pengalaman baru tersebut telah membuatkan penulis berasa lebih menghargai dan ingin mengetahui tentang muzik tradisional tempatan kerana, ia sebenarnya menarik untuk diterokai dan difahami. Selain itu, penulis semakin menyedari bahawa jika bukan kita sendiri yang mneghargai muzik tempatan,siapa lagi yang harus diharapkan .Pada kuliah minggu ke empat yang lalu, pensyarah telah ‘membawa’ satu topik pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik iaitu wayang kulit. Sebelum ini, penulis sebenarnya tidak mengikuti dan tidak memahami langsung tentang wayang kulit, ia mungkin disebabkan bahasa yang digunakan dalam persembahan tersebut sukar untuk penulis fahami maka minat terhadap muzik berkenaan kurang. Apa yang berada di fikiran penulis selama ini adalah wayang kulit berasal daripda negeri Cik Siti Wan Kembang dan hanya dimainkan di negeri tersebut. Namun selepas mengikut kuliah minggu ke empat, kefahaman penulis terhadap wayang kulit semakin bertambah kerana ia merupakan salah satu seni yang unik dan menarik untuk dihayati.

Tiga perkara terbaru yang kini diketahui oleh penulis mengenai wayang kulit ialah jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dan perbezaan antara wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Di Malaysia sebenarnya terdapat empat jenis wayang kulit utama iaitu wayang kulit Jawa dan Wayang kulit Melayu yang menerima pengaruh daripada Indonesi serta wayang kulit Gedek dan Kelatan yang menerima pengaruh daripada Siam. Antara perkara utama yang boleh dikesan untuk membezakan antara ke empat-empat wayang kulit tersebut ialah melalui alat muzik dan bahasa yang digunakan. Contohnya seperti, wayang kulit Jawa dan Melayu menggunakan gamelan sebagai salah satu alat muzik iringannya dan ia menggunakan bahasa bahasa Jawa atau Indonesia, manakala wayang kulit Gedek dan Kelantan boleh dikenal pasti apabila penonton mendengar bunyi serunai dan menggunakan dialek Kelantan yang menonjolkan pengaruh daripada siam. Walaubagaimanapun, satu perkara utama yang membezakan wayang kulit Gedek daripada wayang kulit yang lain ialah melalui cara patungnya dipersembahkan. Patung wayang kulit gedek akan dimainkan secara berhadapan iaitu muka patung tersebut akan menghadap para penonton. Contoh wayang kulit gedek adalah seperti video di bawah



Perkara ini dilihat berlainan dengan wayang kulit Jawa, Kelatan dan Melayu kerana ia dimainkan secara mengiring dan hanya menampakkan sisi wajah patung tersebut sahaja. Cara persembahan wayang kulit yang hanya menampakkan sisi wajah ini sebenarnya banyak menerima pengaruh daripada Jawa kecuali wayang Kulit Kelantan, walaupun ia menerima pengaruh daripada Siam namun daripada segi kedudukan patung ia tetap dimainkan secara mengiring. Selain daripada itu, dalam sesetengah wayang kulit seperti wayang kulit Melayu, keadaan kedudukan badan patung boleh membezakan antara watak baik dan watak jahat. Kebiasaannya patung yang berhidung belang dan sentiasan mendongak ke atas adalah berwatak jahat, manakala patung yang bertubuh kecil dan sentiasa menunduk ke bawah adalah berwatak baik.

Wayang kulit sebenarnya, bukan setakat dimainkan untuk hiburan semata-mata namun ia tetap meyelitkan unsur-unsur nasihat yang berbentuk keagamaan kepada masyarakat, ia bertujuan untuk memberikan peringatan dan teguran secara lembut agar masyarakat tidak terus lalai dalam melakukan sesuatu. Selain daripada itu, wayang kulit Gedek misalnya, turut menyelitkan banyak babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Namun apa yang pasti, persamaan utama kesemua wayang kulit tersebut daripada segi penceritaan ialah ia tetap mengekalkan siri cerita epik Ramayana dan Mahabrata namun cara penyampaiannya yang sedikit berbeza.

Kesimpulannya, wayang kulit merupakan satu unsur tradisi yang harus dipelihara agar ia tidak terus hanyut ditelan zaman, pelbagai keedah sebenarnya yang boleh diaplikasikan untuk menambahkan pengetahuan masyarakat tentang wayang kulit antaranya ialah menerbitkan lebih banyak dokumentari yang memaparkan tentang keistimewaan dan asal usul wayang kulit selain mengadakan road show di seluruh Negara untuk memperkenalkan unsur seni tersebut kepada seluruh masyarakat.

Teruskan Membaca...

Sunday, August 1, 2010

MINGGU 3 : REFLEKSI JURNAL




Setelah selesai mengikuti kuliah minggu ketiga, semakin banyak input tentang muzik terdisional yang dapat diutip oleh penulis. Antara perkara utama yang dibincangkan dalam kuliah tersebut adalah berkaitan dengan kaedah klasifikasi muzik terdisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan cirri-ciri muzik tradisional Malaysia. Jika sebelum ini penulis tidak mengetahui langsung tentang kategori-kategori muzik yang terdapat di dalam muzik tradisional dan bagaimana ia diklasifikasikan mengikut cirri-ciri tertentu. Selain daripada itu, sebelum ini penulis hanya berpendapat bahawa muzik tradisional dicirikan melalui alatan muzik yang digunakan yang lebih kepada alatan muzik bukan moden seperti gamelan, gong, dan seruling.


Namun selepas kuliah ketiga berlangsung kefahaman penulis terhadap muzik tradisional dapat diperkaya lagi dengan pelbagai maklumat seperti perspektif adaptasi dan idiosinkretik yang diaplikaiskan dalam musik tradisional. Mengikut pemahaman penulis kesemua muzik tradisional yang terdapat di Malaysia dimainkan melalui dua pendekatan antaranya ialah melalui penysuaian dan pengekalan cirri-ciri asal yang terdapat dalam muzik tersebut yang dikenali sebagai idiosinkretik. Aplikasi penyesuaian merujuk kepada muzik tradisional yang dibawa daripada luar dan dimainkan di Malaysia mengikut kesesuaian budaya dan cara hidup masyarakat tempatan contohnya muzik ghazal yang terdapat di India dan Arab kelihatan amat berbeza daripda apa yang terdapat di Malaysia walaupun ia masih mengekal cirri-ciri muzik tersebut namun ia telah dilakukan beberapa pengubahsuaian bersesuaian dengan selera tempatan.


Dari segi kategori alatan muzik pula, muzik tradisional telah dibahagiakan kepada beberapa bahagian utama iaitu muzik India ,Cina dan Barat. Ketiga-tiga kategori alat muzik tersebut mempunyai cirri-ciri tertentu dan sisitem penyusunan yang tersendiri. Bagi kategori muzik barat pula, ia dibahagikan lagi kepada komponen-komponen kecil mengikut kategori seperti perkusi yang memerlukan pemain mengetuk atau memalu alatan tersebut.Bagi kategori muzik bertali pula ia melibatkan instrument daripada keluarga kordofon seperti gitar dan biola. Kategori muzik tiupan pula melibatkan alat muzik daripada keluarga aerofon.

Ciri utama muzik terdisional Melayu sebenarnya hasil gabungan daripada muzik untuk golongan kerabat diraja dan juga muzik yang dimainkan oleh masyarakat bawahan. Hasil daripada gabungan kedua-dua budaya muzik tersebut maka wujudlah beberapa ciri-ciri dan kategori muzik tradisional Malaysia seperti dramatari seperti Mak Yung yang memperlihatkan gabungan tarian, lakonan dan alat muzik dalam persembahannya. Terdapat juga kategori dramatari yang hanya menggabungkan tarian dan permainan alat muzik dalam persembahannya yang dikenali sebagai muzik bentuk tarian utama yang lebih banyak menyampaikan sesuatu mesej berdasarkan gerakan dan bahasa tubuh.


Kesimpulannya, kuliah muzik tradisional kelihatan semakin menarik dari minggu ke minggu kerana ia menggupas lebih banyak rahsia dan ilmu yang tidak pernah diketahui oleh penulis sebelum ini. Selain daripada itu, penulis berpendapat bahawa ilmu berkaitan dengan muzik tradisional ini bukan sahaja boleh diperolehi daripada kuliah dan pembacaan malah ia juga boleh ’diddekati’ secara mendalam melalui saluran elektronik yang menggunakan teknologi canggih seperti internet kerana ia menyediakan pelbagai maklumat tambahan yang amat menarik untuk diterokai dan dihayati.











Teruskan Membaca...

Saturday, July 24, 2010

MINGGU 2 : REFLEKSI JURNAL


Kursus Muzik Tradisional kedengarannya agak membosankan kerana dalam pemikiran penulis kurusus ini sudah tentu banyak membincangkan tentang muzik-muzik tradisional yang terdapat di Malaysia yang sememangnya ‘lari’ jauh daripada selera anak-anak muda seperti penulis dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Selama ini, penulis berpendapat bahawa muzik adalah sesuatu yang dihasilkan oleh para penggiat muzik sekadar untuk menghiburkan masyarakat disamping untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Selain daripada itu, sebelum ini penulis melayan muzik secara membuta tuli tanpa ada keinginan untuk mengetahui genre muzik tersebut dan kurang peka terhadap alat muzik yang dimainkan bersama dengan lagu tersebut. Namun apabila kuliah yang kedua bermula, pandangan penulis terhadap kursus ini malah kepada muzik kini semakin berubah. Penulis kini semakin memahami bahawa muzik yang wujud kini mempunyai asal usul yang tersendiri, namun akibat daripada perubahan dan peredaran masa muzik yang asal telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan norma sesuatu tempat.

Selain daripada itu, setelah menyertai kursus ini dan mula mempelajari muzik secara formal, satu keinginan wujud di hati penulis tentang bagaimana sesuatu muzik dihasilkan dan bagaimana bunyi-bunyi disusun dan dikompos menjadi satu irama yang yang merdu dan mendamaikan apabila hinggap di telingga para pendengar. Selain daripada itu, penulis juga berkeinginan untuk mengetahui tentang asal usul kedatangan muzik yang terdapat di Malaysia dan bagaimana ia diadaptasi dengan budaya dan cara hidup yang terdapat di Malaysia.

Perkara yang lebih menarik perhatian adalah, muzik merupakan lambang identiti sesuatu masyarakat sehingga muzik dilabelkan sebagai budaya atau cara hidup sesuatu kaum. Hanya dengan melalui muzik kita akan dapat mengetahui kebudayaan sesuatu kaum dan keadaan tersebut menunjukkan bahawa muzik membawa impak yang cukup besar dalam kehidupan setiap individu di dunia. Contohnya adalah muzik tradisional masyarakat Kadazan Dusun yang banyak menggunakan alat muzik berasaskan buluh dan ia ditarikan bersama tarian kebudayaan masyarakat tersebut yang di kenali sebagai ‘Tarian Sumazau’. Tarian dan muzik suku kaum tersebut kebiasaannya dimainkan selepas proses menuai padi selesai. Masyarakat Kadazan Dusun pada waktu itu akan menganjurkan satu pesta yang dikenali sebagai ’Tadau Kaamatan’ atau pesta menuai bagi meraikan Tuhan padi kerana telah memberikan mereka hasil yang banyak pada tahun tersebut. Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa, setiap muzik, tarian atau kebudayaan sesuatu kaum bukan hanya untuk hiburan semata-mata namun ia sebenarnnya mempunyai ’cerita’ disebalik apa yang dipersembahkan kepada umum.

Namun begitu, muzik sebenarnya bukan semata-mata boleh dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah atau daripada buku-buku yang terdapat dipasaran. Pembelajaran yang lebih berkesan sebenarnya adalah melalui pembelajaran yang di lakukan dilapangan seperti melakukan kajian dan temubual terhadap individu yang terlibat secara langsung dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang muzik. Melalui cara itu, kita mampu untuk ’mengaut’ lebih banyak pengalaman dan ilmu yang sukar diperolehi semasa di dalam dewan-dewan kuliah mahupun melelui pembacaan.

Kesimpulannya, muzik sebenarnya satu elemen penting dalam kehidupan setiap insan . Tanpa muzik maka akan pincanglah kehidupan kerana melalui muzik kita mampu mengekspresikan apa yang tersirat di dasar hati agar dihargai oleh setiap insan yang mendengarnya kerana muzik bukan setakat hiburan dan kegembiraan semata-mata namun ia mempunyai mesej yang lebih daripada itu yang boleh diterokai bersama.


Teruskan Membaca...

Wednesday, July 14, 2010

BIODATA


NAMA

NORZIANNIE BINTI MD.NOR

NO.MATRIK

D20072031650

PROGRAM

PENGAJIAN MALAYSIA DGN PENDIDIKAN

KUMPULAN

A

SEMESTER

6

SUBJEK

MUZIK TRADISIONAL

ALAMAT E-MAIL

norziannie86@gmail.com

ALAMAT BLOG

http://smp2252ziannie.blogspot.com

NEGERI ASAL

SABAH

Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BLOG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 NORZIANNIE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template